16.10.10

AKAN DATANG SUATU MASA

AKAN DATANG SUATU MASA

by Nurani Hani on Saturday, October 9, 2010 at 10:41am
     Ibnu Umar r.a menceritakan suatu ketika Rasullullah s.a.w mendatangi sejumlah sahabat dikalangan muhajirin , kemudian Rasullullah s.a.w bersabda, "wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan, tidak ada lagi kebaikan bagi kamu.  Dan aku berlindung kepada Allah s.w.t . Semuga kamu tidak menemui zaman itu ".

     LIMA PERKARA

  1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka terus-terang melakukannya,melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang akan menular dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.
  2. Dan tidak mereka mengurangkan timbangan (curang dalam perdagangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang, kesulitan mencari rezeki dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.
  3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda, kecuali di tahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t  .
  4. Dan tidak mereka menyalahi akan janji Allah dan rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan kepada mereka , musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada ditangan mereka.
  5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri.

Renungkanlah wahai sahabat-sahabatku !

Tiada ulasan: