26.2.11

NASIHAT IBNU QAYYIM


Di dalam hati manusia ada kekusutan
dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada keganasan
dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kesedihan
dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan
dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung dengan Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada penyesalan
dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya;
qadha dan qadarNya;
serta sentiasa sabar.
Di dalam hati manusia ada hajat
dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan dan bermohon kepada Allah SWT.
Sentiasa berzikir kepada Allah SWT
adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia 

masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

“Hati membutuhkan sesuatu yang menjaganya agar tetap kuat.
Dan itu adalah iman dan ketaatan.
Juga membutuhkan pemeliharaan dari gangguan
yang membahayakannya yaitu dengan menjauhi dosa-dosa,
maksiat dan berbagai hal penyimpangan.
Perlu juga dihilangkan setiap hal yang rusak daripadanya.
Dan hal itu dengan taubat nashuha dan memohon ampun
kepada Dzat Yang Maha Mengampuni dosa-dosa.”

— Ibn-ul-Qayyim

25.2.11

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…




Allah menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal yang bilamana mereka tiada, mereka tidak akan dicari, dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali.
(Sedutan hadith yang panjang riwayat Umar bin Khattab r.a)
Mudah-mudahan mereka-mereka itu adalah kita insyaAllah, amiin…

23.2.11

SAHABAT


Sahabatku adalah tetesan embun pagi
yang jatuh membasahi kegersangan hati
hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari
dalam kesejukan


Sahabatku adalah bintang gemintang malam di angkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan yang berduka
hingga mampu menerangi gulita semesta
dalam kebersamaan


Sahabatku adalah pohon rindang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahankan
hingga mampu memberikan keteduhan
dalam kedamaian

Wahai angin pengembara
kabarkanlah kepadaku tentang dirinya


Sahabatku adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri
dalam kesegaran


Sahabatku adalah derasnya hujan yang turun
yang menyirami setiap jengkal bumi yang berdebu menahun
hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun
dalam kesucian


Sahabatku adalah untaian intan permata
yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan

Wahai burung duta suara
ceritakanlah kepadaku tentang kehadirannya
AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT


SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

  1.  Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya
  2.  Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
  4.  Hilang cahaya soleh dari wajahnya .
  5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan

SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat

SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT

1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat
2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka

NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

(i) Sembahyang Subuh
Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia)

(ii) Sembahyang Zuhur
Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam

(iii) Sembahyang Asar
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah

(iv) Sembahyang Maghrib
Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan)


Maafkan saya wahai sahabat!
Nota ini sebagai "suluh hati" untuk diri saya dan sahabat-sahabat yang dikasihi.
Semuga kita sentiasa di beri hidayah oleh Allah.

21.2.11

PESANAN IMAM SHAFIE

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
  • Hak kpd diri:  mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut:  mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur:  membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir :  tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat):  mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka):  menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga):  merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi Muhammad SAW:  berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t:  mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

20.2.11

10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah


 

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya

  1.  Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 
  3.  Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 
  4.  Orang lelaki yang melarikan diri. 
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 
  9. Orang-orang yang suka makan riba'. 
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 









Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah S.W.T."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Renungkanlah wahai saudaraku!

16.2.11

Sebab : mata lelaki gemar melihat badan wanita



 Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...
Secantik-cantik perhiasan adalah wanita solehah....

by:Realiti Alam Perkahwinan

13.2.11

empat kerana empat

EMPAT DIKENAL DENGAN EMPAT:
  • Pengarang kerana karangannya
  • orang alim kerana jawabnya
  • orang bijaksana kerana perbuatannya
  • orang yang tabah kerana kesanggupan bertahan

EMPAT ALAMAT BODOH:
  • berteman dengan orang bodoh
  • banyak perbuatan berlebih-lebihan
  • tak dapat mengunci rahsia
  • memandang ringan kebaikan orang lain

EMPAT MENUNJUKKAN AKAL:
  • menyukai ilmu pengetahuan
  • tenang sikapnya
  • tepat jawabnya
  • banyak benarnya

EMPAT PERKARA MENUNJUKKAN SEORANG AHLI SIASAT
  • tak berubah mukanya kerana kritik
  • tajam matanya melihat kesempatan
  • dapat memilih pendapat yang berbeza-beza
  • senyum mukanya berhadapan dengan lawan

EMPAT SEMPURNA KERANA EMPAT
  • sempurna ilmu kerana amal
  • sempurna agama kerana takwa
  • sempurna amal kerana niat
  • sempurna kehormatan diri kerana wibawa

EMPAT TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI EMPAT
  • rakyat tidak dapat dipisahkan dari politik
  • tentera tidak dapat dipisahkan dari pimpinan
  • suatu pendapat tidak dapat dipisahkan dari musyawarah
  • suatu azam tidak dapat dipisahkan dari istikharah

EMPAT HILANG KERANA EMPAT
  • hilang nikmat kerana tidak bersyukur
  • hilang kekuatan kerana mencari musuh
  • hilang kekuasaan kerana kelalaian
  • hilang kesempatan kerana memandang enteng



kata-kata hikmat HAMKA

mengingati mati

TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL

" Tanda 100 hari menjelang meninggal "
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya. ..... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya samada mereka menyedari atau tidak.....

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar....

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat...

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


" Tanda 40 hari " 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ...

Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika...


Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. .......


" Tanda 7 hari " 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...


" Tanda 3 hari "
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti....

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi...

Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan...


" Tanda 1 hari " 
Akan berlaku sesudah Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya....


" Tanda akhir " 
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum...

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...


SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK 


Renungkanlah wahai sahabat-sahabat.
Semuga kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah di penghujung hayat kita.
Insyaallah.


12.2.11

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.




Subhanallah.

10.2.11

disini pencarianku berakhir

Disini pencarianku berakhir
Dititik dimana aku menemukan
kebenaran tak terbantahkan
Masih banyak memang pertanyaan
yang belum terpecahkan
Tetapi entah kekuatan apa
yang membuat aku tetap bertahan

Disini pencarianku berakhir
Dititik ketika kegelisahanku
menemukan penawarnya
Masih banyak memang
yang bisa aku lakukan
Namun setidaknya jalan lurus
telah aku tempuh meski hanya dalam diam

9.2.11

TENTANG KEBAIKAN

by Nurani Hani on Wednesday, February 9, 2011 at 6:04am

Ambillah kebaikan
dari orang yang mempunyai kebaikan
dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan.
Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan
kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.
Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri.
Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya
sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya.
Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu,
ilmu dengan kebenaran,
kebenaran dengan kebaikan,
dan kebaikan dengan taqwa.
Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan,
mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan kepada Allah
dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah.


8.2.11

berkurang usiaku

tika ini....
berkurangan usiaku
waktu menjadi singkat
menuju noktah kehidupan
yang tidak terlihat dipenghujung jalan
entah esok atau lusa.......

detik ini
meragui waktu-wakru berlalu
merasa hiba seusai umur
sericih cuma bilangan amal
seiris jua hitungan kebajikan
sekerdil itu dalam golongan
masih alpa dunia fana......

hari ini
tidak mengapa tiada keraian
tiada jua lafaz keindahan
kerana malu kealpaan
kerana miskin keimanan
redha aku kesepian
cukuplah DIA meneman
sepanjang masa kesingkatan....

hari ini kurang usia

hari ini
berkurangan usia
ada yang berkata bertambah usia....
semoga panjang umur
masih panjangkah umur itu ?
mengapa semoga panjang umur
sedang ia bertambah singkat
menuju noktah kehidupan....?
ahhh.....betapa pura-puranya
ucapan itu

hari ini
sendu sendiri
bertanya hitungan waktu
apakah telah terjadi sepanjang usia berlalu
berapakah banyak hitungan amal
berapakah banyak titik-titik noda
berapakah lagi tinggal sisa usia
masih terpana dan alpa
terasa sesal melanda
sekelumit cuma rasa
pada sisa usia.....

6.2.11

kesunyian yang sepi

Kesunyian..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian..
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.

Kiranya ada tercalar dihati,
kiranya ada tercalar di kata,
buat kenangan akhirnya,
sambutlah kasihku yang tulus

Pada saat pengakhiran ini,
terasa diri ini begitu terasing,
terasa diri ini terlalu sunyi,
ketika itu,
suaramu aku terdengar,
membisikkan sayang
menyatakan cinta.

Kasih,
kupohon padamu..
Kuharap daripadamu..
Hulurkan aku..
Secebis harapan,
sekelumit kasih..
untuk kuubati kelukaan lalu

Kasih,
sudikah kiranya kau hamparkan padaku saujana harapan
untuk mengecapi setitis kebahagian,
walau..sepi tanpa berkasih.

5.2.11

bintang cinta

Dari jauh aku memuja bintang indah nun jauh di sana.
Apa kan daya hendak ku gapai tangan tak sampai,
hendak ku abai terasa sayang.
Kerlipannya yang bergemerlapan memukau pandangan insan.
Persis intan berlian yang begitu berharga.
Menghiasi langit terbentang.
Menjadi pedoman kepada sang musafir di tengah lautan,
mencetuskan ilham
madah-madah cinta nan indah kepada sang pujangga.

Sayang....
bukan aku tidak ingin berada di sisi mu,
aku khuatir kilauan mu akan malap
ditelan kegelapan yang menyelubungi diri ini…
Biarlah aku terus memuja diri mu
sebagai seorang pencinta rahsia
agar kau terus bersinar
dan melimpahkan cahaya suci untuk semua.

3.2.11

cinta mata pena

Lewat nota-nota cinta mu
kau hadiahkan aku dengan kata-kata
dan madah-madah cinta yang mengasyikkan.
Betapa aku terlena dan terbuai dengan janji-janji mu.
Aku menjadi perindu sepi kepada ayat-ayat yang bisu.
Aku persis Sang Pungguk yang merindukan bulan.
Bulan yang dari kejauhan tampak indah bercahaya
dan berseri menerangi malam yang kelam.
Tapi kita sering lupa bahwa cahaya itu adalah cahaya pinjaman cuma.
Keindahan yang bersifat sementara,
keindahan yang merupakan kepuraan semata-mata.
Begitulah diri mu.
Aku terikat pada janji-janji pena mu.
Aku mengharap pada kasih yang tak pasti.
Aku memuja bayangan dirimu.
Coretan pena mu memukau diri ku
agar aku terus percaya dan lupa kepada realiti.
Tapi kini aku sedar…
aku perlu kembali ke alam nyata.
Aku harus lupakan kuasa pena mu,
aku harus lontarkan segalanya jauh dari hidup ku.
Biarlah nota-nota cinta mu menjadi sejarah.
Sejarah pahit yang mengajar aku menjadi lebih dewasa dalam cinta.
Usah kau permainkan aku lagi dengan pena mu…



~soba