EMPAT DIKENAL DENGAN EMPAT:
EMPAT ALAMAT BODOH:
EMPAT MENUNJUKKAN AKAL:
EMPAT PERKARA MENUNJUKKAN SEORANG AHLI SIASAT
EMPAT SEMPURNA KERANA EMPAT
EMPAT TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI EMPAT
EMPAT HILANG KERANA EMPAT
kata-kata hikmat HAMKA

- Pengarang kerana karangannya
- orang alim kerana jawabnya
- orang bijaksana kerana perbuatannya
- orang yang tabah kerana kesanggupan bertahan
EMPAT ALAMAT BODOH:
- berteman dengan orang bodoh
- banyak perbuatan berlebih-lebihan
- tak dapat mengunci rahsia
- memandang ringan kebaikan orang lain
EMPAT MENUNJUKKAN AKAL:
- menyukai ilmu pengetahuan
- tenang sikapnya
- tepat jawabnya
- banyak benarnya
EMPAT PERKARA MENUNJUKKAN SEORANG AHLI SIASAT
- tak berubah mukanya kerana kritik
- tajam matanya melihat kesempatan
- dapat memilih pendapat yang berbeza-beza
- senyum mukanya berhadapan dengan lawan
EMPAT SEMPURNA KERANA EMPAT
- sempurna ilmu kerana amal
- sempurna agama kerana takwa
- sempurna amal kerana niat
- sempurna kehormatan diri kerana wibawa
EMPAT TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI EMPAT
- rakyat tidak dapat dipisahkan dari politik
- tentera tidak dapat dipisahkan dari pimpinan
- suatu pendapat tidak dapat dipisahkan dari musyawarah
- suatu azam tidak dapat dipisahkan dari istikharah
EMPAT HILANG KERANA EMPAT
- hilang nikmat kerana tidak bersyukur
- hilang kekuatan kerana mencari musuh
- hilang kekuasaan kerana kelalaian
- hilang kesempatan kerana memandang enteng
kata-kata hikmat HAMKA
