31.1.11

abadi yang lebur

Biar bulan bicara sendiri.
Dan ada yang mendengarnya dalam dekam malam.
Biarlah cahayanya tumpah pada segala hala,
kerana yang indah tiada,
selain tumpah cahaya Cinta Abadi.
Meski payah difahami.
Indahcahaya-Nya memberi suluh jalan yang berliku.

Malam menyeberangkan cahaya.
Meski pekat kelam,
benar, aksara alam tahu rahsia makna yang sewaktu bersapa.
Menggamit dan tak pernah pamit,
tak mungkin dipandang
tapi dinikmati dalam bahagia
 Meski tak ada suara,
padu tersemat dalam kalbu.
Meski juga sunyi, yang harus
diriwayati dan dipunyai.








Hasyuda

mencari cinta abadi

Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di bibir mata,
Ada derita meruntun jiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa…
Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Tempat mengadu hanya Ilahi….
Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi….
Siapa sangka siapa menduga,
Bahagia dicari derita tiba,
Mengadu nasib pada yang Esa,
Moga tenang seluruh jiwa....

maafkan aku....

aku adalah insan yang tak punya
hanya rasa cinta membara
aku bukanlah wanita hebat
bukan jua bijaksana
tidak juga harta dan rupa
tidak tinggi akhlak budi
tidak juga pelajaran tinggi
benar aku tahu diri...

lafazku sekedar cuma
tingkahku itulah ada
apalah dibanding dirimu
segala arif lagi bijaksana
segala harta dan rupa

maafkan aku !
lafazku sering menyinggung rasa
tingkahku mengguris jiwa
aku hanya insan biasa
sering alpa dunia
bukanlah niat sedia ada
kerana aku tiada istimewa
inilah aku adanya....