28.10.10

INSAF SEKEJAP

by Nurani Hani on Thursday, October 28, 2010 at 1:06pm

Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.
Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.
Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.
Saya juga tidak terkecuali.

Kisah Hanzalah
 Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulallah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.
Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!
Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.
Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.
Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!
Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Taubat Yang Berulang
 Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulallah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.
Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.
Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.
Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.
Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.
Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.
Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.


27.10.10

7 GOLONGAN YANG AKN MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

by Nurani Hani on Wednesday, October 27, 2010 at 4:53pm

Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan dari Allah , dihari yang tidak ada perlindungan, kecuali hanya perlindungan Allah :
  1. Pemimpin yang adil dan hakim yang adil
  2. pemuda yang taat beribadah kepada Allah s.w.t
  3. hamba Allah yang hatinya senang berada di dalam masjid.  Solat berjemaah, suka solat subuh berjemaah.
  4. orang yang bersedekah, tangan kanannya memberi, tapi tangan kirinya tidak tahu.
  5. orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  6. pemuda yang dirayu, digoda oleh wanita cantik yang memiliki kekayaan, lalu ia berkata "aku takut kepada Allah" keinginan maksiatnya ada tapi rasa takutnya kepada Allah lebih hebat sehingga ia tidak mahu melakukan kemaksiatan.Keimanannya hebat sehingga mampu menahan berbagai godaan.
  7. Orang yang selalu ingat kepada Allah, dalam ibadahnya, dalam doanya, dalam zikirnya, dia menangis.  Dua titisan yang dibanggakan Allah dihari kiamat, pertama titisan darah fisabilillah, kedua titisan airmata kerana menangis, takut azab Allah kerana merasa bersalah atas segala dosa yang dilakukan kepada Allah.  Kerana dia sangat taat kepada Allah. 

Renungakanlah wahai sahabat.
Semoga kita mendapat perlindungan dari Allah dihari yang tiada perlindungan, kelak.

"Allah maha pengampun atas segala kesalahan dan dosa dari hamba-hambaNya. Maka dari itu kepada sesiapa pun diantara hamba-hambaNya yang berbuat dosa; Allah memberi khabar gembira bahawasanya janganlah mereka berputus asa dan merasa diri mereka telah tertutup dari rahmat Allah. Sungguh Allah akan menerima taubat dari hamba-hambaNya yang bersunguh-sungguh berserah diri dengan ikhlas dan tidak akan melakukan kembali perbuatan serupa."                         (Az-Zumar, 39 : 53)

16.10.10

FASIK DAN KEDURHAKAAN LAINNYA

FASIK DAN KEDURHAKAAN LAINNYA

by Nurani Hani on Saturday, October 16, 2010 at 8:08am
     Di dalam Al-Quran, manusia dikelompokkan berdasarkan keimanan dan ketaatan kepada Allah serta perintah dan larangan-Nya.  Al-quran menyebut dengan istilah-istilah berikut:
  1. Musyrik, adalah mengadakan sekutu terhadap Allah.  Percaya bahawa ada wujud tuhan, selain Allah,  Musyrik tidak akan di ampuni dosanya.  An-Nisa, 4:116
  2. Munafik, adalah orang-orang yang menampakkan dan mengumumkan bahawa dia beriman padahal hatinya kafir.  Al-Baqarah, 2:8
  3. Fasik, adalah seorang muslim yang meninggalkan kewajiban-kewajibannya atau selalu melakukan perbuatan yang diharamkan.    Al-Baqarah, 2:217
  4. Kafir,  adalah orang yang tidak beriman dan tidal beragama dengan agama Islam.
  5. Murtad, adalah orang yang keluar dari agama Islam dan kembali kepada kekafiran.   lihat Al-Baqarah 2:217
      Fasik atau Al-Fisq ertinya keluar dari ketaatan terhadap Allah.  Ada dua jenis fasik iaitu; fasik yang menyebabkan kufur dan fasik yang tidak menyebabkan kufur dan murtad tetapi mengurangi keimanan.
      Seorang muslim dikatakan fasik jika melakukan salah satu dosa-dosa besar seperti zina,minum arak, mencuri, makan riba dan dosa-dosa yang semisal itu.  Dia melakukan itu semata-mata kerana dorongan atau kendali hawa nafsu dan syahwat.  Maka, dengan demikian dia adalah seorang fasik.  (Namun jika dia melakukannya kerana menghalalkan perbuatan tersebut, dia terkena hukum riddah atau terkeluar dari Islam).


Fikirkanlah wahai sahabat!

MENGIKUT PERINTAH RASULLULLAH

MENGIKUT PERINTAH RASULLULLAH

by Nurani Hani on Friday, October 15, 2010 at 8:08am
     Allah memberikan pernyataan terhadap orang-orang munafik dan orang-orang musyrik bahawa andaikan mereka mempunyai kemahuan untuk beriman dan harapan untuk mengikuti petunjuk yang disampaikan oleh Rasullullah, tentunya Allah menjadikan mereka dapat men-dengar.  Namun lantaran bakat mereka untuk menerima petunjuk Allah telah dikotori dengan noda-noda kemusyrikan dan kenifakan, tidak ada jalan lain lagi untuk mengarahkan bakat-bakat mereka untuk mendapat petunjuk.

     Seumpama Allah menjadikan mereka dapat memahami seruan Rasullullah itu, tentulah mereka enggan melaksanakan apa yang mereka dengar apalagi untuk mengamalkannya kerana di dalam hati mereka telah bersarang keingkaran dan kekafiran.
     Dalam Al-Quran surah Al-Anfal, 8:23. Allah menjelaskan tingkatan darjat orang-orang yang mendengarkan seruan Rasullullah, sebagai berikut:
  1. Ada orang yang sengaja tidak mahu mendengarkan seruan Rasullullah secara terang-terangan dan menyambutnya dengan permusuhan sejak semula kerana mereka merasa bahawa seruannya itu akan menghancurkan keyakinannya.
  2. Ada orang yang mendengarkan seruan Rasullullah tetapi tidak berniat untuk memahami dan memikirkan apa yang diserukan, seperti orang-orang munafik.
  3. Ada yang mendengarkan seruan Rasullullah dengan maksud mencari kesempatan untuk membantah dan menolaknya.
  4. Ada orang yang mendengarkan dengan maksud ingin memahami dan memikirkan seruan Rasullullah.  Namun , adakalanya ajaran Islam itu dijadikan bahan pembicaraan dan sasaran kritikan.
Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah.

NASIHAT LUQMANUL HAKIM

NASIHAT LUQMANUL HAKIM

by Nurani Hani on Thursday, October 14, 2010 at 5:26am
           Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tetapi kisah hidupnya diabadikan dalam Al-Quran adalah Lukman Al-Hakim.   Mengapa?  Kerana hidupnya penuh hikmah.  Suatu hari, ia menasihati anaknya tentang hidup "anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu.  Semua amggota badan mu akan malas untuk melakukan ibadah dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati.  Padahal hanya dengan hati yang bersih manusia dapat menikmati lazatnya berzikir. "
       "Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu, dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya. "
" Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang mengusung jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang pergi kepesta pernikahan.  Kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang, sedang pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu dirimu. "

" Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga mengangkat besi-besi berat; namun tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

  "Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit, tapi tidak pernah kurasakan yang laebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan."  " 

   "Anakku, aku sudah mengalmi penderitaan dan bermacam kesusahan.  Namun aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi.  Kalimat adalah:
  1. Jika kau beribadah kepada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik
  2. Jika kau berada dirumah orang lain jagalah pandangan mu
  3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu
  4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu
  5. Ingatlah  Allah selalu
  6. Ingatlah maut akan menjemputmu
  7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan kepada orang lain
  8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu."

Renung-renungkanlah nasihat ini.  Semuga kita mendapat manfaat bersama.

JANJI SEORANG MUSLIM

JANJI SEORANG MUSLIM

by Nurani Hani on Tuesday, October 12, 2010 at 9:44am
     Islam mengajarkan bahawa kepada siapa pun janji itu diberikan, selama tidak janji bermaksiat maka harus ditepati.  Bahkan siapa yang tidak menepati  janji dikhawatirkan akan masuk golongan orang munafik.
     Rasullullah s.a.w bersabda, " Ada empat sifat yang jika melekat pada seseorang maka orang itu benar-benar munafik.  Jika ada satu sifat yang melekat (dari yang empat itu) maka dalam dirinya ada karakter munafik, sampai ia meninggalkan sifat itu semua.  EMPAT SIFAT ITU ADALAH :    1.  Jika di percaya  berkhianat
                  2. Jika berbicara dusta
                  3. Jika berjanji mengingkari
                  4. Jika berdebat berkata keji                                       (HR Bukhari Muslim)

" Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga  ; jika berbicara dusta, jika berjanji tidak menepati dan jika dipercaya berkhianat"
                                                                                                 (HR Bukhari Muslim)

     Adapun janji seorang muslim kepada Allah s.w.t dalam bahasa fekahnya lazim disebut 'nazar'.  Secara bahasa, nazar adalah berjanji  melakukan kebaikan atau keburukan,  sedangkan dalam istilah syariat,  nazar adalah janji yang diwajibkan oleh orang mukallaf kepada dirinya sendiri untuk Allah, dengan mengatakan sesuatu yang dalam asal syariat tidak diwajibkan.
     Maka janji kepada Allah s.w.t  harus ditepati kerana didalam Al-Quran Allah telah memerintahkan untuk menepati nazar.  Firman Allah
" Dan hendaklah mereka menepati nazar-nazar mereka"  (Al-Haj : 29)
 " Apa saja yang kamu nafkahkan dan apa saja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya"  (Al-Baqarah:270)

    Di antara sifat hamba Allah yang baik adalah seperti yang dipuji oleh Allah dalam firman-Nya, " Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana".  (Al-Insan :7)
    Dalam  hadis yang diriwayatka oleh Imam Bukhari, Rasullullah s.a.w bersabda,  "Siapa yang bernazar (berjanj) akan melakukan amal taat kepada Allah maka taatilah dan siapa yang bernazar akan berbuat maksiat kepada Allah maka jangan bermaksiat kepada-Nya."
   
   Jelaslah bahawa semua janji manusia kepada Allah selama janji itu baik dan mampu ditunaikan wajib ditunaikan.  Jika janji itu bernilai maksiat, tidak wajib ditunaikan kerana tidak sah.  Begitu juga jika tidak mampu untuk menunaikannya, tidak harus ditunaikan.

BOHONG

BOHONG

by Nurani Hani on Monday, October 11, 2010 at 10:33am
      Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga.  Janganlah kamu sangka bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu, bahkan ianya adalah baik bagi kamu.  Setiap orang daripada mereka akan mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya.  Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam menyiarkan berita bohong itu baginya azab yang besar.
      Mengapa diwaktu kamu mendengar berita bohong itu, orang mukminin dan mukminat tidak berprasangka baik terhadap diri mereka sendiri?  Dan (mengapa tidak) berkata ; ini adalah berita bohong belaka?
      Mengapa mereka (yang menuduh ) itu tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?  Oleh kerana mereka tidak dapat mendatangkan saksi-saksi mereka, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang berusta.
      Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan akhirat. nescaya kamu telah ditimpa oleh azab yang besar.   Kerana perkataan kamu terhadap berita yang bohong itu.
      Ingatlah, ketika kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulut kamu apa yang kamu tidak ketahui sedikit jua, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja, Padahal ianya besar disisi Allah.
      Dan mengapa kamu tidak berkataketika mendengar berita bohong itu "sekali-kali tidak patut kita memperkatakan ini, Maha suci engkau (wahai tuhan kami) , ini adalah suatu dusta yang besar".
     Allah telah memperingatkan kamu agar janganlah kamu kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman.
      Dan Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada kamu.  Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.  Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar(berita perbuatan keji yang amat keji yang sebenarnya bohong itu) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat.  Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
       Dan sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan RahmatNya kearas kamu semua dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (sudah tentu kamu telah ditimpa azab yang besar).

(surah an-Nur   : 11-20)


Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabatku.

AKAN DATANG SUATU MASA

AKAN DATANG SUATU MASA

by Nurani Hani on Saturday, October 9, 2010 at 10:41am
     Ibnu Umar r.a menceritakan suatu ketika Rasullullah s.a.w mendatangi sejumlah sahabat dikalangan muhajirin , kemudian Rasullullah s.a.w bersabda, "wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan, tidak ada lagi kebaikan bagi kamu.  Dan aku berlindung kepada Allah s.w.t . Semuga kamu tidak menemui zaman itu ".

     LIMA PERKARA

  1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka terus-terang melakukannya,melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang akan menular dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.
  2. Dan tidak mereka mengurangkan timbangan (curang dalam perdagangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang, kesulitan mencari rezeki dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.
  3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda, kecuali di tahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t  .
  4. Dan tidak mereka menyalahi akan janji Allah dan rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan kepada mereka , musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada ditangan mereka.
  5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri.

Renungkanlah wahai sahabat-sahabatku !

12.10.10

PERCAKAPAN SIA-SIA

PERCAKAPAN SIA-SIA

by Nurani Hani on Thursday, October 7, 2010 at 5:02pm
   Jauh dari perkataan sia-sia adalah satu kebahagiaan dan kesempurnaan peribadi seseorang.  Hal ini disebutkan dalam Al-Quran antara dua kewajipan-kewajipan Islam yang paling kukuh iaitu solat dan zakat.
     " Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,  1.  Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya   2. orang-orang yang menjauhkan diri  dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna.  3. orang-orang yang menunaikan zakat".
                                                                 AL-Mukminun , 23:1-4

      Jika saja dunia ini seluruhnya mengadakan penelitian untuk mengisi kekosongan dari perkataan sia-sia, nescaya dari sejumlah kisah yang cukup besar dan lembaran yang cukup masyhur, dari berbagai pidato dan siaran; akan ditemukan kesia-siaan yang memukau, yang dapat memikat mata untuk melihatnya dan menarik telinga untuk mendengarkannya serta tidak dapat ditarik manfaatnya.

      Islam sama sekali tidak menyukai perbuatan sia-sia.  Perbuatan sia-sia dapat menjerumuskan manusia.  Oleh kerana itu, sebanyak itu pulalah tingkatan darjatnya di hadapan Allah.  Anas bin Malik meriwayatkan, "Ada seorang lelaki meninggal dunia, kemudian orang lain yg berkata...'gembiralah dia denga syurga'',...padahal Rasullullah s.a.w mendengarnya. Lalu Rasullullah s.a.w bertanya...'apakah engkau tidak tahu barangkali saja ia berkata sesuatu yang tidak berarti atau dia bakhil untuk mengeluarkansesuatu (miliknya) yang sebenarnya (jika diberikan) tidak  akan menguranginya' "    (HR TIRMIDZI)

    Orng yang berbuat dan berbicara sia-sia disebabkan kelemahan berkomunikasi antara fikiran dan pembicaraanya sehingga dengan mudah ia melepaskan perkataannya tanpa berfikir lebih teliti.  Perkataannya dapat membawanya kepada kebinasaan.


QS TM 15 in 1


PENYAKIT HATI

PENYAKIT HATI

by Nurani Hani on Sunday, October 3, 2010 at 8:10am
    Setiap manusia memiliki hati ; hati yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang.  Apabila hati ini baik, maka baiklah manusia ini.  Jika hati itu jahat maka buruklah tingkahlakunya.
    Sabda Rasullullah s.a.w : Ketahuilah sesungguhnya pada setiap jasad ada seketul daging ; Apabila dia baik maka baiklah seluruh anggota jasad.  Apabila ia buruk , maka buruklah semua anggota.  Itulah hati.
                                                                                             ( HR Bukhari  )

    Perubahan sifat yang ada dalam hati berlaku dengan cepat kerana semata-mata kekuasaan Allah s.w.t .  Dialah yang membolak-balikkan hati manusia sesuai dengan kehendaknya.
      Sabda Rasullullah s.a.w     " Dinamakan hati (qolbu) kerana cepatnya berubah "
                                                                                               ( HR Ahmad )
                                             
"perumpamaan hati adalah seperti sehelai bulu di tanah lapang yang di tiup angin dalam keadaan terbalik"
                                                                                                ( HR Ibnu Abi Aslim)

    " Ya ALLAH ! zat yang membolak-balikkan hati, condongkanlah hati kami untuk selalu taat kepada mu  "
                                                                                                 ( HR Muslim )


    Penyakit-penyakit hati tersebut dapat diketahui dengan menilai perilaku yang ditampilkan oleh seseoranh dalam kehidupannya, yang mencerminkan rosak dan sakitnya hati seseorang , diantaranya :
  1.      Melakukan kedurhakaan dan dosa
  2. Merasakan kekerasan dan kekakuan hati
  3. Tidak tekun beribadah
  4. Malas dalam ketaatan dan ibadah
  Dari itu wahai sahabatku, berdoalah kita semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-NYA.  Diberi petunkuk agar hati kita sentiasa bersih dari penyakitnya hati.

" Ya Tuhan kami , janganlah Engkau goncangkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk.  Kurniakanlah kami rahmat dari sisi  Engkau.  Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi ".




THE MIRACLE 15 in 1
SYAAMIL AL-QURAN

SOMBONG

SOMBONG

by Nurani Hani on Wednesday, October 6, 2010 at 8:32am
 


Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari.

  •  Ditingkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material.  Kita merasakan lebih kaya, lebih rupawan dan lebih terhormat daripada orang lain.  
  •  Ditingkat kedua, sombong disebabkan faktor kecerdasan.  Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain. 
  • Ditingkat ketiga, sombong disebabkan faktor kebaikan.  Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah dan lebih tulus dibandingakn orang lain.

   Yang lebih menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan , semakin sulit pula kita mengesannya.  Sombong kerana mateial sangat mudah terlihat.  Namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan sulit dikesan kerana seringkali hanya berbentuk benih-benih halus dalam batin kita.
    Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan.  Pada tataran yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri(self-confidence).  Akan tetapi, begitu kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan(pride), kita sudah berada sangat dekat dengan kesombongan.  Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas.
    Kita sebenarnya berdiri diatas dua kutub, iaitu ego disatu kutub dan kesedaran sejati di lain kutub.  Pada saaat kita lahir kedunia, kita dalam keadaan telanjang dan tidak punya apa-apa.  Akan tetapi, seiring dengan waktu, kita mula memupuk berbagai keinginan , lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup.  Keenam indera kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.

    Untuk bisa melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.
  • Pertama, kita perlu menyedari bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizikal tetapi  makhluk spiritual.  Kesejatian kita adalah spiritualitis, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup didunia.  Kita lahir dengan tangan kosong dan (ingat) kita pun akan mati dengan tangan kosong.
  • Kedua, kita perlu menyadari bahawa apapun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri.  Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi diri kita sendiri.  Demi mendapatkan keredaan Ilahi.

THE MIRACLE 15 in 1
954




KUNCI KETENANGAN HATI

KUNCI MERAIH KETENANGAN HATI

by Nurani Hani on Friday, October 1, 2010 at 10:46pm
  1. Jangan bergantung kepada orang lain.  Bergantung kpd Allah , diri sendiri dan bersikaplah mandiri.
  2. Jangan berburuk sangka kpd orang lain yg membicarakan atau menghinamu.
  3. Jangan selalu mengingat penyesalan pada masa lalu.
  4. Jangan menyimpan kemarahan, dendam, irihati dan kebencian.
  5. Jangan membiasakan sikap terburu-buru. Maka aturlah waktumu.
  6. Jangan khawatir dengan hari esok. Allah menjanjikan masa depan dan harapan tidak akan pernah lenyap. Cinta, hidup dan mati ditangan Allah. Dia telah menuliskan takdirmu sebelum kita dilahirkan lagi. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
  7. Ketuklah pintu ampunan Allah maka pintu akan terbuka. Ingatlah padanya maka dia akan mengingatimu. Berdoalah maka keluh kesahmu akan di dengarkan.



Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabatku di ruang siber.

SYAAMIL AL-QURAN;  THE MIRACLE 15 in 1
1030