16.2.12

ANGANAN MAYA



Ingin bersenang-senang didunia maya
mengosongkan minda dengan anganan
membibit kasih yang tidak pasti
dan segenap kerinduan yang tidak bertuan

Ingin berlari-lari dihamparan cinta
dengan kata-kata indah meleka
senyuman yang tidak pernah reda
sesejuk salju membelai rasa

Damai jiwa kekasih menjelma
berteman syahdu bayangan malam
andai saja bukan tiruan
malam yang panjang subuh kesudahan....


14.2.12

SEPI KU


Sepiku
tiada siapa yang tahu
Rinduku
tiada yang mahu
Sendu ku
hanya untuk diriku


Jauh didasar kalbu
kekosongan yang hampa
harapan yang merana
kerana tiada naung jiwa
tanpa sokong dipuja


Sepiku masih sama
tiada warna ceria
tiada nada gembira
hanya cerminan bahasa





2.2.12

HATI YANG MERASA



Hati resah mendesah gundah
Hati marah tidak berarah
Jiwa ragu tiada menentu
Jiwa sendu tiada lagu


Naluri seakan mahu berlari
Nurani diam bagaikan mati
Yang mengalir dalam dada
Tidak sama yang diminda


Sudah jauh dipandang mata
Jauh jua hati merasa
Sudah kelam di alam maya
Kelam lagi pandangan mata...


Bukan kata dapat diduga
Bukan suara dapat dijelma
Sedang rupa wujud buana
Hanya rindu  hati tertera...















4.1.12

DI JENDELA USIA


Tuhan,
Pada-Mu aku pasrah
Akur, alah dan menyerah
Seluruhnya sudah pudar
Cintaku kian tercalar
Tuhan
Senjaku semakin dekat
Di sumur dosa aku melarat
Di hujung umur ku pasti kembali
Sedang hatiku tak suci lagi
Tuhan
Langkahku entahkan mati
Mendaki kasihMu nan tinggi
Namun cintaku bukan palsu
Walaupun sering terganggu
Tuhan
Kekadang terasa sayang-Mu
Bersama kurnia hidayah
Kekadang terasa murka-Mu
Seiring patahnya mujahadah
Tuhan,
Terlerai ribuan taubatku
Terungai semua janjiku
Kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir
Tuhan,
Aku masih setia
Mengemis di jendela usia
Terus mencari wajah diri
Menadah keampunan Ilahi !





Genta Rasa~