18.9.10

NURANIku

Salam sejahtera. Aku bukanlah seorang wanita yang hebat. Aku hanyalah seorang wanita biasa dengan citarasa sederhana. Kehidupan ku adalah untuk suami dan anak-anakku. Aku cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang isteri yang baik, setiap hari ku harap adalah lebih baik dari kelmarin. Sebagai seorang hamba Allah yang kerdil aku tidak sunyi dari mengeluh, mengharap agar kehidupan adalah lebih baik untuk diriku dan keluargaku. Masih tidak bersyukurkah aku dengan apa yang Allah kurniakan? Aku merasa diriku ini , masih jauh ketinggalan dibelakang dalam menjalani hidup sebagai seorang muslimah. Masih kurang nilai ibadahku kepada Allah. Sekadar solat yang lima, kadang-kadang dalam mengejar masa mengurusi anak-anak, solat itu menjadi kurang sempurna. Kurangnya zikir-zikir yang mengiringi, doa yang serba ringkas dan tidak lupa juga kurangnya khusuk dalam solat. Betapa lalainya aku sebagai seorang hamba Allah. Apakah masih ada keberkatan buatku selepas Ramadhan berlalu ini? Sedang Ramadhan yang lepas kusambut dengan sederhana jua.....Terasa kekurangan pada diriku membuat persiapan...Betapa kurangnya solat Terawih, tahajjud...tadaarus...solat-solat sunat yang lain.  Di sepuluh malam yang terakhir, aku hanya mampu berjaga malam sekedar membaca dua atau tiga mukasurat al-quran,solat tahajjud dan beberapa kali solat taubat....selebihnya hanyalah keletihan yang melanda.   Miskinnya aku. Tiga malam terakhir Ramadhan itu barulah aku merasa manisnya ibadah malam Ramadhan. Ketika itu tidak ramai muslimah hadir di masjid. Saf muslimah lengang ,tidak sampai dua baris...keadaan selesa...mataku pun tidak mengantuk. Aku merasa malam itu begitu cepat berlalu...duapuluh satu rakaat termasuk  witir seperti tidak membebankan seperti malam-malam sebelumnya. Terasa sedihnya pada puasa yang terakhhir kerana tidak dapat berpuasa dan solat Hari Raya Aidilfitri....fitrah wanita...Aku cuma dapat duduk diserambi ruang solat muslimah ,mendengar khutbah dibaca dan mengaminkan doa...Hari ini aku masih berharap dan berdoa agar masih ada Ramadhan pada tahun depan buatku....mudah-mudahan.