31.1.11

abadi yang lebur

Biar bulan bicara sendiri.
Dan ada yang mendengarnya dalam dekam malam.
Biarlah cahayanya tumpah pada segala hala,
kerana yang indah tiada,
selain tumpah cahaya Cinta Abadi.
Meski payah difahami.
Indahcahaya-Nya memberi suluh jalan yang berliku.

Malam menyeberangkan cahaya.
Meski pekat kelam,
benar, aksara alam tahu rahsia makna yang sewaktu bersapa.
Menggamit dan tak pernah pamit,
tak mungkin dipandang
tapi dinikmati dalam bahagia
 Meski tak ada suara,
padu tersemat dalam kalbu.
Meski juga sunyi, yang harus
diriwayati dan dipunyai.








Hasyuda

Tiada ulasan: