9.11.10

SEGALANYA

Sejuk malam menyelubungi
seperti kenangan datang bertamu
cuba dilupa apakah mampu
jika mungkin tidakkah terluka
terluka kerana memori lama

Hangat mata tidak tertanggung
seperti dosa tidak tertanggung
jika terampun mungkinkah ikhlas
seikhlas hujan menyiram bumi
menyiram tanpa harap berbalas

Bising siang mencari malam
bertemu malam siang menghilang
bertemu dinanti berpisah dibenci
itulah lumrah dunia ini
dimata seperti buta
diangan itulah segalanya

Hari ini disyukuri
kerana esok belumkan pasti
teman ketawa setia menanti
teman menangis tinggal sendiri
jadilah diri seperti sungai


mengalir terus yakini diri

Tiada ulasan: