29.11.11

SABAR ITU DURI DAN KESAKITAN



sungguh benar kesabaran itu bukan mudah mahupun indah....
sabar itu sebenarnya duri dan kesakitan
tatkala cabaran melanda
hanya dengan kepasrahan yg tulus dan mengingatiNYA
barulah redha dihati dirasai
segalanya ikhlas andai dimengerti
Yang Maha Mengasihi
akan menguji sejauh mana ikhlas dalam diri
apakah yang dicari itu redha manusia atau redha Ilahi ?
akhirnya kusadari
betapa lemahnya keimanan dihati
masih jauh lagi perjalanan mencari diri...




27.11.11

Mehnah dunia



Menitis air dari langit itu, hujan namanya
menitis air dari mata itu dukalara namanya
sesungguhnya Allah akan menguji 
setiap hamba yang dikasihinya
adakah benar redha dan ikhlas 
menerima takdirnya....


Sakitnya diri fitnah menimpa
luluh rasa jiwa tiada
beginikah makna mehnah dunia
disayat sembilu inikah rasa....


Apakah bukti saksi tiada
manakah adil hukum dunia
hanya Allah yang Maha Esa
padaNya jua berserah segala


Wahai hati ikhlaslah hendaknya
wahai jiwa tenteramlah semula
ingat Allah tujuan utama
dunia fana hanya sementara....



23.11.11

Ukuran dan nilai ketabahan


Siapalah diri sebagai seorang hamba
Menilai rasa dan perasaan
Mengharungi cabaran
Menempuhi dugaan
Insan bagaimana mampu bertahan?


Siapalah empunya hati dan perasaan
Tiada duka dan lara
Tiada gelisah dan prasangka
Tabah dan tegar laksana


Tiadalah jiwa itu pasrah dan redha
Hanya padaNYA jua meminta
Bukanlah hambanya namanya
Tanpa pohon dan pinta


Tiadalah dapat nilaian
Andai bukan keikhlasan
Bukan jua jadi ukuran
Andai bukan keimanan....





19.11.11

Heningnya perasaan


Sesungguhnya kita tahu bahawa tiada yang dapat mengubah hati dan perasaan insan,
melainkan hanya Allah jua.
Sungguh seorang insan hanya mampu berusaha dan berdoa untuk mencapai hajatnya.
Andai Allah menunaikan hajat, syukur alhamdulillah...
Andai hajat tidak tercapai ,mungkin ada hikmah disebaliknya...
mungkin Allah mempunyai kurnia yang lebih baik untuk kita,
mungkin hajat kita itu bukanlah yang terbaik untuk kita,
mungkin jua kita akan berubah melupakan Allah setelah tercapai hajat....
Dari itu pasrah dan redha akan ketentuannya...
Sesungguhnya hanya allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.....





16.11.11

Rasa perasaan



Siapakah yang boleh membaca perasaan insan lain...
Siapakah yang dapat mengerti rasa itu sendiri
Rasa yang tanpa perasaan
Perasaan yang tanpa rasa


Rasa itu sendiri boleh mengelirukan mata
Perasaan dapat dengan mudah menipu diri
Jauh dipandangan mata
Rasa sangat bahagia
Dekat didalam hati
Perasaan mendera


Tiada jua jawapan pada kenyataan
Masih jua menjadi keluhan
Gelisah dirasa mnjeruk hati
Meredam perasaan tiada kemampuan....



14.11.11

KETULUSAN HATI



Jika ketakutan itu ada
dialah makhluk yang membuatku lemah
Jika keberanian itu ada
dialah makhluk yang membuatku kuat
Jika Cinta itu ada
dialah makhluk yang membuatku terlena

Batinku telah lemah oleh ketakutan kehilangan Dirimu
Jiwaku telah kuat oleh semua keberanian untuk menunjukkan pengabdianku
Aku terlena akan semua Cinta yang engkau berikan dalam cawan
yang berisi anggur kehidupan

Tiadalah penting bagiku untuk berfikir tentang aku sendiri
Tiadalah cukup namaku untuk bersanding disampingMu
Tiadalah sandaran hati yang lebih tulus dari CintaMu

Rela aku menjalani semua yang fana ini dengan semua keikhlasan
Jikalau aku telah menjadi abu
Namun ruhku dapat tenang bersanding denganMu

Biarlah aku menjadi yang lemah
Namun kuat dan tegar dalam mabuk cinta kepadaMu
Biarlah aku menjadi bisu
Namun Batinku meneriakkan bahwa diriMulah sumber kehidupanku
Biarlah aku buta
Namun jiwaku tetap melihat indahnya kekekalanmu
Biarlah aku mati
Namun hatiku selalu hidup untuk bersanding kepadaMu


HAWA



Hawa
Andai engkau masih remaja
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri 
yang meringankan beban suamimu
andai engkau masih ibu , didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah

Hawa
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu
ingatlah hawa janji Tuhan
Jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati
maka lahirnya senyuman, tercetusnya salam dan sekaligus disusuli
dengan pertemuan , takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri 

Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui tubuhbadannya
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya
keremajaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki...

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting agamanya
Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita 
yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan
syaitan menggodanya
Lelaki yang warakjuga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah perkahwinan

Oleh itu Hawa
Jagalah pandangan mu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu
kuatkan pendirianmu
Andai takdir tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya
cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu...

Hawa
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga menyintai Allah
Cintai kedua ibubapa mu kerana kau akan perolehi keredaan Allah
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta bahagia
selain dari cinta keluarga
Jangan sesekali tangan yang menggoncang dunia juga 
yang menggoncang iman lelaki

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah dan cantik, carilah kebaikan pada setiap
orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan langsing, berbagilah makanan 
dengan mereka yang kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah anak kecil
untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan dan tidak akan pernah berjalan sendirian.

*Manusia jauh melebihi ciptaan yang lain, perlu sentiasa 
berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.
Jadi jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
Apabila anda sudah melakukan kesemuanya, ingatlah sentiasa...
Jika ada sesuatu ketika anda memerlukan pertolongan, 
akan senantiasa ada tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan mensyukuri 
telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri 
dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yag dikenakannya,

bukan pada bentuk tubuhnya atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.
Kerana dimatanyalah terletak gerbang menuju kesetiap hati manusia,
dimana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, 

tetapi kecantikan murni, terpancar pada jiwanya, yag penuh kasih 
memberikan perhatian dan cinta yang diberikan. 
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH